30/7/2011 @ 1200H..
berakal atu tidak? beriman atau tidak ? kalo die pandai jg agama dia.. aurat dia.. batas2 pergaulan die.. tp nape die gagal mengawal kemarahan dlm dri die.. membiarkan iblis mguasai drinya... lalu mgambil jln sgkat..
mmutuskan siratulrahim... ucapan maaf dr diri ni da xgune pn.. lgsg xpdulikn lg..walopon aku sendri xtaw ape slh aku.. kite da lame knl..bsahabat baik...mkn bsame,blaja bsame,suka,duka bsame..aku da knl kau... tp ape yg aku ase skng, aku mcm da xknl lagi sape dri kau..
nape.. sb 1 bnda kau stress, sume owg kau nk mara... ble owg ckp dgn kau baik2, kau hempas2 barang..
mane kau cmpakkan klembutan tutur kata, tingkahklaku kau yg aku knl dlu...
kau sahabat aku.. aku syg kau mcm mane kawan2 kite yg lain pn...hari ni dowg sume kua...tp aku sggup nk tggal je kat uma semata2 nk temankn kau..wlopon aku ni ade sblh kau ibarat cm xde je kan...
aku igt, kte bole bterus trg la kan time owg lain xde lam blik ni.. tp kau still mbatu...kalah rasenya batu belah batu btangkup..
kau fikir lah baik2 kawan ku...
mungkin saat ni, aku bole trima pgai kau yg sdg stupor ble aku bckp dgn kau..
tp ble kau da keje, kau bpgai mcm ni? sape yg akan faham kau? rasenya no point kau nk terase dgn aku..
padahal sblm tu kau ok je..
kalo ade masalah, kite bole share kan .. =) mane janji kau dlu? xnk lagi ulg pgai kau mse kite sme2 kat hbuk, seremban..
dgn care ape lg kau nk aku mntk mf?
xpela.. mgu ni aku pon da nk balik kL..
kau jaga la dri kau baik2.... jgn suke sgt kua sorg2... kat tmpat org ni bahaya...
mybe pas aku xde nti, mgkin kau akn lbih selesa.. xde la kau stress slu dgr kami ni bising jer..bgelak ketawa...
aku harap sgt kau bace la bnda yg aku nk bgtau ni...
da nk bulan puase da pon..
xperlu la rasenya nk bmasam muka..
fikirla secara matang kawan ku...
jgn jadikan kamu " Bipolar Mood Disorder"
sampaikan org lain yg xbsalah pn terlibat same...cian kat iza.. sofea..
tp nape pikot xpat msg tu jgk?
mmg kau da btl2 xnk kawan ngn kami b3 ke?
ati org.. kite xleh la nk pakse...
aku syg kau..
sygkan psahabatan kite...
jgnla wat kptsn tanpa bfikir pnjg...
ko tau x,, ape hukumnya mmutuskan siratulrahim ??
bace je la yunk...
sori la klu aku mmg btol2 wat ko sakit ati....
sume owg xd yg dilahirkan sempurna.... n sume owg wat silap.. =)
Hukum memutuskan silaturrahim..
Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira
melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah
Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka
tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat
memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi,
dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?.
(Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut)
merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran
mereka, dan dibutakan penglihatannya.”
(Surah Muhammad: Ayat 22-23)
Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk
syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan
hubungan kekeluargaan.”
(Hadits riwayat Muslim)
Terjemahan:
(1) Daripada Abi Ayyub (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) lebih dari tiga malam; mereka bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu juga berpaling, dan yang paling baik di antara mereka berdua ialah siapa yang memulai salam”.
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
(2) Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang tidak bertegoran lebih daripada tiga (hari), lalu ia mati, maka ia masuk neraka”.[Hadis Sahih Riwayat Abu Daud]
(3) Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) selama setahun maka (dosanya) seperti membunuhnya”.
[Menurut Imam An-Nawawy Hadis ini sanadnya sahih riwayat Abu Daud]
Huraiannya:
Dari tiga hadis di atas dapatlah kita ambil beberapa kesimpulan sebagaimana berikut:
1. Ketiga-tiga hadis di atas menyatakan betapa besar dosa orang-orang Islam yang saling tidak bertegoran. Hukum tidak bertegoran adalah HARAM. Hukum tersebut digambarkan oleh Nabi (sallallahu alaihi wasalam) pada Hadis (1): TIDAK HALAL; Hadis (2): MASUK NERAKA dan Hadis (3) SEPERTI HUKUM MEMBUNUHNYA.
2. Berdasarkan zahir hadis (1) kita masih dibolehkan tidak bertegoran sekiranya tidak melebihi daripada tiga malam. Dengan kata lain adalah tidak haram hukumnya kalau kita tidak bertegoran pada hari pertama, kedua dan ketiga. Mengapa? Karena Islam mengakui bahwa sifat marah adalah fitrah atau naluri (sifat semulajadi) bagi setiap insan. Dan diharapkan rasa marah atau permusuhan yang berlaku antara sesama mereka akan hilang setelah tiga hari.
3. Dalam hadis (1) juga menyatakan bahwa mereka bertemu lalu saling memalingkan muka. Jadi hukum haram karena tidak bertegoran tersebut tidaklah dikenakan ke atas orang yang tidak saling bertemu walaupun melebihi dari tiga hari.
4. Jika kejadian di atas benar-benar menimpa dalam pergaulan di antara kita, maka dalam hal ini siapakah di antara kita termasuk orang yang paling baik? Hadis (1) menjawab: Yang paling baik ialah orang yang lebih dahulu ingin memulihkan hubungan baik di antara mereka.
5. Inilah dalil yang digunakan oleh Imam Syafi’i dan Imam Malik bahwa ucapan Salam boleh menamatkan persengketaan dan menghapuskan dosa orang berkenaan. Tetapi Imam Ahmad Bin Hanbal dan Ibnu Al-Qasim Al-Maliki pula berpendapat: Ucapan salam tidak dapat menamatkan persengketaan itu jika dia yang menjadi punca persengketaan. Adapun jika yang berkenaan berkirim surat, dalam hal ini ada dua pandangan; Pertama: Dosanya tidak terhapus, karena tidak diucapkan; kedua: Terhapus dosanya, karena rasa bencinya telah hilang. Dan inilah pendapat yang lebih kuat.
6. Sabda Nabi (sallallahu alaihi wasalam) dalam hadis (1): “Tidak halal bagi seorang muslim”. Berdasarkan zahir hadis ini maka orang kafir dikecualikan daripada ketentuan hukum tersebut. Tetapi Imam Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim, jld V, hal. 425 lebih condong kepada pendapat: Termasuk orang-orang kafir. Hanya di sini disebut muslim karena hanya muslim yang menerima arahan syara’ dan mengambil manfa’atnya.
HiDuP iNi HanYa SeMenNtaRa...MungKin EsOk MungkIn LuSa KiTa Akan Mati...BuanGkAnLah RaSa MaRah DaN DendaM pAda Orang Di SekeLiLing Kita...MaAfkanLAh MereKa KiRanya MereKa BerSaLaH...mUnGkIn iTuLaH kaLi tErAkhir kItA aKaN bErTemU DengannYa...

No comments:
Post a Comment